Pemilik PSG mahu beli Leeds United pula - Utusan Malaysia

Pemilik PSG mahu beli Leeds United pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 26 Mei – Kumpulan Qatari yang memiliki kelab gergasi Perancis, Paris Saint Germain (PSG) kini sedang membida untuk membeli saham kelab England yang hampir dinaikkan pangkat ke liga perdana baru-baru ini, Leeds United.

Jika usaha itu berjaya lapor Financial Times, kumpulan tersebut akan menjadi pemegang saham terbesar sekaligus mengambil alih pemilikan daripada ahli perniagaan Itali, Andrea Radrizzani.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan rundingan tersebut telah dilakukan sejak beberapa bulan lalu antara Radrizzani dan kumpulan syarikat yang didanai Qatar Sports Investment itu yakni sebelum Leeds menjuarai Liga Kejuaraan lagi.

“Qatar Sports Investments akan menembusi kancah bola sepak Inggeris dengan Leeds akan menjadi pilihan mereka,” lapor akhbar tersebut merujuk kepada sumber terdekat dengan rundingan itu yang mendedahkan minat membeli kelab divisyen dua itu sebenarnya sudah mula timbul sejak dua tahun lalu.

Dengan minat daripada negara Teluk kini semakin bertambah terhadap bola sepak Inggeris termasuk Abu Dhabi yang menguasai Manchester City, kesediaan Kumpulan Qatari dijangka merancakkan lagi penguasaan dan saingan.

Sebelum ini perbincangan tertangguh seketika kerana Radzianni mahu melihat kemaraan Leeds terlebih dahulu tetapi selepas tewas kepada Derby County dalam aksi playoff dan gagal ke liga perdana, pintu rundingan dibuka semula. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini