MIAMI 6 Mei – Pembalik tujah yang membantu memperlahankan pesawat Boeing 737 milik Miami Air ketika mendarat telah rosak seterusnya ia tergelincir ke dalam sungai di Florida, baru-baru ini.
Menurut Naib Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara, Bruce Landsberg, salah satu pembalik tujah tersebut tidak berfungsi menyebabkan ia tidak membantu memperlahankan pesawat.
“Kapal terbang ini telah diselenggara dan log menunjukkan bahagian kiri pembalik tujah tidak berfungsi,” katanya kepada pemberita semalam.
Tambahnya, penyiasat juga akan mmeriksa penyelenggaraan pesawat seminggu sebelum kemlangan berlaku dan kondisi pembalik tujah berkenaan.
Pesawat itu membawa 143 penumpang tergelincir dari landasan selepas pendaratan keras di pangkalan udara di Jacksonville, Sabtu lalu. – AFP











