TAPAH – Sebelas penumpang termasuk dua pemandu bas ekspres gempar apabila salah seorang daripada mereka secara tiba-tiba melahirkan seorang bayi perempuan ketika dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Ipoh semalam. Beberapa keping gambar dan video mengenai kejadian tersebut tular di media sosial sejak ia dimuat naik sejak semalam. Menurut pemandu kedua bas berkenaan, Mohammad Faizal Sh Omar, wanita hamil itu dan suaminya menaiki bas berkenaan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di…










