Peluang Bayern 'dirompak' VAR - Utusan Malaysia

Peluang Bayern ‘dirompak’ VAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEIPZIG – Jurulatih Bayern Munich, Niko Kovac percaya pasukannya mampu memastikan gelaran Bundesliga pada aksi terakhir musim ini selepas seri tanpa jaringan menentang RB Leipzig di Red Bull Arena awal pagi semalam.

Video Bantuan Pe­ngadil (VAR) yang digunapakai pada sai­ngan Bundesliga musim ini meragut peluang Bayern untuk meraikan gela­ran liga lebih awal apabila pengadil perlawanan mendakwa Robert Lewandowski berada di kedudukan ofsaid sebelum Leon Goretzka melakukan jaringan pada minit ke-51.

Justeru, Kovac berharap skuad kendaliannya mampu menyelesaikan misi memburu gelaran liga musim ini apabila melayan kunjungan Eintracht Frankfurt pada aksi terakhir Bundesliga di Allianz Arena Sabtu depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berpeluang untuk muncul juara minggu depan sekiranya melakar kemenangan atau seri. Saya yakin, setiap takdir itu pasti ada cerita indah di sebaliknya, jadi saya mahu semua pemain melaksanakan tugas yang diberikan.

“Saya tahu Frankfurt ada sasaran untuk ke saingan Eropah. Jadi, bukan tugas mudah untuk kami di laman sendiri nanti,” kata Kovac.

Kovac juga menerima keputusan pengadil yang tidak mengesahkan jaringan Goretzka meskipun Pre­siden Bayern, Uli Hoeness menyifatkan tindakan tersebut sesuatu yang tidak masuk akal.

“Saya sentiasa katakan bahawa VAR ialah kawan saya. Saya akui ia sedikit ofsaid tetapi keputusan itu sepatutnya dibuat lebih awal, namun saya enggan mempertikaikan tindakan pengadil perlawanan,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini