Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 bermula Jun ini - Utusan Malaysia

Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 bermula Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 bermula pertengahan tahun ini.

Nor Hisham Ahmad Dahlan. UTUSAN

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pelan tersebut adalah untuk menterjemah dan melaksanakan dasar serta strategi pelan struktur di peringkat tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ia akan menyediakan garis panduan secara lebih terperinci untuk kawalan perancangan (mengikut lot).

“Pelan ini juga akan dapat mengenal pasti program-program pembangunan tempatan serta mengetengahkan isu dan dasar utama tempatan kepada awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pelan tempatan itu merupakan satu komponen kepada sistem pelan pembangunan seperti yang ditetapkan di dalam Akta 267.

“Selaras dengan peruntukan Seksyen 6(2) Akta 267, adalah menjadi tanggungjawab Datuk Bandar untuk menyediakan dan melaksanakan pelan pembangunan yang menjelaskan ketetapan perancangan sebagai panduan kepada pelaksanaan pembangunan.

“Pelan ini akan menjadikan sistem perancangan di peringkat tempatan menjadi lebih telus.

“Ia juga merupakan garis panduan kepada agensi kerajaan dan pihak berkepentingan serta menjadi asas kemajuan tanah oleh pemilik hartanah, pemaju dan penduduk untuk membuat permohonan pembangunan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini