SEREMBAN 2 Mei – Dua daripada tiga pelajar tahfiz yang dilaporkan hilang dari pusat pengajian mereka di Kampung Seri Repah, Tampin sejak minggu lalu ditemukan di ibu negara awal pagi tadi. Bapa kepada salah seorang pelajar berkenaan, Mahadhir Mat Lazim, 43, berkata, mereka ditemukan olehnya di sebuah pusat komputer di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Jinjang, Kuala Lumpur kira-kira pukul 1 pagi. “Saya telah membuat laporan polis berhubung penemuan berkenaan,”…










