PDRM umum pertukaran jawatan tujuh pegawai kanan - Utusan Malaysia

PDRM umum pertukaran jawatan tujuh pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari ini mengumumkan pertukaran tujuh pegawai kanannya yang berkuat kuasa pada 1 Julai ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, antara pegawai kanan yang akan bertukar adalah Ketua Penolong Pengarah Pendakwaan/ Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri yang akan menjawat jawatan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) PDRM, Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman.

“Jawatan Azman pula akan digalas oleh Ketua JSJ Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) (Perancangan Strategik) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Ariff Md. Hanuddin akan menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah Hal Ehwal Pesara Polis, Cawangan Hal Ehwal Pesara Polis, Bahagian Urusetia/ Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Asmawati menambah, Penolong Pengarah Hal Ehwal Pesara Polis, Cawangan Hal Ehwal Pesara Polis, Bahagian Urusetia/ Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Dalila Mohd. Yasin pula akan mengambil alih jawatan Mohd. Ariff.

“Pegawai Turus E3F Cawangan Khas Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd. Faisal Yahya pula akan ditukarkan ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sebagai Penolong Pengarah Narkotik (Risikan) Zon II.

“Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Sabah, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir akan memegang jawatan baharu sebagai Pegawai Pemerintah Batalion 20 Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am, Jabatan KDNKA Beluran, Sabah,” ujarnya.

Pegawai Pemerintah Batalion 20 Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am, Jabatan KDNKA Beluran, Sabah, Asisten Komisioner Rantan Kumar Singh Jainu pula akan mengambil alih tugas Mohd. Nasaruddin sebagai Ketua Jabatan KDNKA Sabah. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini