KUALA LUMPUR 28 Mei – Petronas Dagangan Berhad (PDB) mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus keuntungan sebelum cukai sebanyak RM383.0 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2019. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed berkata, ia didorong pertumbuhan jualan tiga peratus serta keuntungan kasar yang lebih tinggi berikutan kenaikan harga Mean of Platts Singapore (MOPS). “Ia satu permulaan yang baik untuk tahun ini…










