PBB alu-alukan pembebasan dua wartawan Reuters - Utusan Malaysia

PBB alu-alukan pembebasan dua wartawan Reuters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA 9 Mei – Sekumpulan pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengalu-alukan pembebasan dua wartawan Reuters di Myanmar namun mereka meluahkan kebimbangan serius berhubung proses badan perundangan di negara itu.

Wa Lone, 32, dan Kyaw Soe Oo, 28, ditahan sejak Disember 2017 dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun pada September tahun lalu selepas didakwa melanggar undang-undang Myanmar dengan menyiasat insiden pembunuhan 10 lelaki etnik Rohingya di negeri Rakhine pada 2017.

“Kesalahan mereka di bawah Akta Rahsia Rasmi masih belum ditarik balik dan mereka sepatutnya tidak dijatuhi hukuman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berasa bimbang tentang kebebasan media dan ruang demokratik di Myanmar,” kata Jurucakap Khas PBB berhubung Situasi Hak Asasi Manusia di Myanmar, Yanghee Lee dan Jurucakap Khas PBB berkaitan promosi serta perlindungan hak kebebasan bersuara, David Kaye. – BERNAMAP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini