Papan iklan bahasa 'Wechat' diturunkan - Utusan Malaysia

Papan iklan bahasa ‘Wechat’ diturunkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengarahkan papan iklan gergasi ‘KTHXBYE’ yang dipasang di jejantas berhampiran masjid negeri dan tular dalam laman sosial Facebook ketika ini diturunkan serta-merta.

Datuk Bandar MBMB, Mansor Sudin berkata, pihaknya tidak pernah meluluskan pemasangan papan iklan tersebut yang menggunakan singkatan bahasa dari ‘K, Thanks, Bye’.

“Saya telah mengarahkan papan iklan itu diturunkan serta-merta dan pihak MBMB tidak pernah meluluskan pemasangannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“MBMB juga sama sekali tidak menyokong penggunaan singkatan bahasa itu pada papan iklan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Papan iklan ‘KTHXBYE’ itu tular dalam laman sosial Facebook selepas ramai netizen memberikan reaksi negatif tidak berpuas hati dengan singkatan bahasa aplikasi ‘Wechat’ yang digunakan.

Sementara itu, Ketua Menteri, Adly Zahari ketika diminta mengulas lanjut berkenaan isu tersebut memberitahu, kerajaan negeri akan mengkaji semula permohonan papan iklan yang menggunakan singkatan bahasa itu kerana ia hanya dapat difahami oleh segelintir pihak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini