Panggil, dengar penjelasan menantu Abdul Hadi - Utusan Malaysia

Panggil, dengar penjelasan menantu Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mei – Pas akan memanggil menantu Presiden parti, Zaharudin Muhammad berhubung status yang dimuat naik dalam laman Facebook mengenai kartel dedak, kelmarin.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Zaharudin mengenai maklumat dan tujuan beliau memuat naik kenyataan itu kepada umum.

“Kalau betul dia buat kenyataan itu, kita akan dapatkan penjelasan lanjut seperti apa maklumat beliau dan apa tujuannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buat masa ini saya tak boleh bergantung pada Facebook dan sebagainya. Prosedurnya adalah kita akan panggil beliau dan bertanya lanjut sama ada betul atau tidak beliau yang membuat kenyataan itu,” katanya kepada pemberita di Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini semalam.

Beliau ditemui bersama Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mahfodz Mohamed dan Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan ketika menghadiri majlis sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-73 dan berbuka puasa bersama 2,200 ahli-ahli UMNO dari seluruh negara.

Khamis lalu Zaharudin menerusi beberapa status dalam akaun Facebook miliknya menulis mengenai kartel dedak namun menegaskan perbuatan tersebut tidak menjejaskan perpaduan ummah yang dijalinkan antara UMNO dan Pas ketika ini.

“Kerjasama ini berlaku atas kesedaran pentingnya penyatuan ummah tetapi golongan ‘Kartel Dedak’ ini suka ambil kesempatan di tengah jalan. Yang bagi bantuan kat diorang dulu pun sebahagiannya adalah pro Pakatan Harapan (PH),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini