Palestin tak menghadiri persidangan anjuran AS - Utusan Malaysia

Palestin tak menghadiri persidangan anjuran AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH 23 Mei – Kepimpinan Palestin mengesahkan bahawa mereka tidak akan menghadiri persidangan keamanan dianjur Amerika Syarikat (AS) di Bahrain pada bulan depan.

Menurut kenyataan laman web Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Palestin tidak akan menghadiri mesyuarat di Manama itu.

“Ini merupakan pendirian kolektif Palestin dari Presiden Mahmud Abbad dan Jawatankuasa Eksekutif PLO kepada semua pergerakan politik, sektor swasta dan masyarakat awam,” jelas kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, White House mengumumkan bahawa mereka akan menjadi penganjur bersama persidangan itu memfokuskan aspek ekonomi dalam pelan keamanan Israel-Palestin oleh Presiden Donald Trump pada 25 dan 26 Jun nanti. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini