BAKU 30 Mei – Penyokong Arsenal yang kecewa dengan kekalahan 1-4 pasukan itu kepada Chelsea dalam final Liga Europa hari ini melepaskan kemarahan mereka terhadap bintang tengah Jerman, Mesut Ozil. Arsenal menampilkan aksi baik pada 30 minit pertama permainan dan menguasai perlawanan, malangnya penyudah tumpul menyebabkan mereka dihukum pada babak kedua. Jaringan bekas penyerang mereka, Olivier Giroud, selain Pedro dan dua gol Eden Hazard memastikan kemenangan Blues. Aksi hambar Ozil memaksa pengurus, Unai Emery menggantikan pemain itu tengah Joe Willock menuju ke penghujung permainan. Penyokong Arsenal kemudian menggunakan media sosial…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya