Ordy Primier rai anak yatim, pelajar tahfiz berbuka puasa - Utusan Malaysia

Ordy Primier rai anak yatim, pelajar tahfiz berbuka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IFTAR. Syarikat Ordy Primier Resources Sdn. Bhd. (Ordy Primier) meraikan seramai 42 anak yatim dari Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra, Puchong dan pelajar Maahad Tahfiz Vokasional, Puchong, Selangor pada majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Anak-anak yatim yang berumur antara 10 hingga 19 tahun itu juga menerima sumbangan duit raya daripada Ketua Pegawai Eksekutif Ordy Primier, Datuk Seri Mohd. Izham Ishak.

Syarikat pengeluar produk kesihatan dan kecantikan itu mengharapkan majlis tersebut dapat menggembirakan kanak-kanak yang diraikan itu untuk menyambut bulan Ramadan serta Aidilfitri tidak lama lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut memeriahkan majlis itu ialah kira-kira 20 ahli Black Horse Bikers dan penyanyi, Keena Mentor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini