KOTA BHARU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) mengeluarkan 39 notis untuk hadir sesi khidmat nasihat kepada 39 wanita yang dikesan berpakaian tidak sopan seperti tidak menutup aurat sempena Operasi Bersepadu Ramadan di sini semalam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd. Fadzuli Mohd. Zain berkata, dua lelaki turut diberikan notis berkenaan kerana dipercayai tidak berpuasa, namun sukar dibuktikan kerana tiada bukti jelas.
Mohd. Fadzuli berkata, selain 41 individu berkenaan, pihak JAHEAIK juga mengeluarkan amaran lisan kepada lapan yang lain kerana berkelakuan tidak sopan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











