Norza mahu lepas jawatan Presiden BAM - Utusan Malaysia

Norza mahu lepas jawatan Presiden BAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria merancang melepaskan jawatan selaku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

Tambahnya, beliau berhasrat meninggalkan badan induk tersebut kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya terhadap MOM.

“Saya memang merancang untuk meninggalkan BAM disebabkan saya sudah memegang jawatan Presiden MOM, kemungkinan besar selepas Olimpik. Kami telah melalui beberapa proses. Hari ini saya lihat (BAM) sudah pun memiliki pemain muda berbakat dan akademi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya rasa mungkin setahun atau dua tahun adalah proses untuk memberikan kepimpinan itu kepada orang lain dan saya akan terus fokus kepada presiden (MOM),” katanya pada majlis berbuka puasa anjuran MOM di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini