Pengeluar telefon pintar Nokia, HMD Global baru-baru ini mengumumkan kemunculan Nokia 4.2 yang pertama, sebuah telefon pintar yang menawarkan inovasi terbaharu pada harga mampu milik.
Didatangkan dengan reka bentuk ukiran kaca dan paparan notch swafoto bergaya, menawarkan keanggunan yang bukan sekadar pada luarannya sahaja.
Lebih daripada itu, ia turut dilengkapi dengan dwi kamera belakang, pengecaman wajah biometrik, semuanya dikuasakan oleh Android™ 9 Pie terbaru.Model ini berada di pasaran tempatan bermula 26 April lalu pada harga runcit yang disyorkan RM599.
Pengurus Negara (Malaysia dan Myanmar) HMD Global, Vijay Thangavelu berkata, pihaknya amat teruja dengan kehadiran Nokia 4.2 sejak model terbaharu ini diumumkan pada Konges Sedunia Mudah Alih (MWC) 2019 Februari lalu.
“Nokia 4.2, telefon pintar pertama dalam sirinya yang menampilkan butang khas Google Assistant yang disepadukan ke dalam reka bentuknya bagi membantu anda menjadi lebih produktif” ujarnya.
Sebagai contoh, pengguna boleh menekan sekali untuk meminta Google Assistant membuat panggilan, dua kali untuk menyimpan maklumat peribadi dan banyak lagi fungsi pintas yang lain.
Model tersebut bersama-sama dengan semua rangkaian telefon pintar Nokia menawarkan kemas kini keselamatan bulanan secara berkala serta dengan naik taraf perisian Google Android.
Memperkenalkan butang Google Assistant, Nokia 4.2 akan merevolusikan cara anda berinteraksi dengan telefon pintar anda.
Hanya tekan sekali untuk mengakses Google Assistant bagi mendapatkan bantuan sama ada menunjukkan arah, membuat panggilan, mendengar muzik atau mendapatkan jawapan, Google Assistant boleh membantu pengguna melakukan tugas berkenaan dan mencari maklumat dengan lebih pantas berbanding sebelum ini.
Pengguna boleh menekan dua kali untuk menerima gambaran hari anda secara visual daripada Google Assistant dengan cadangan pintar dan maklumat peribadi, termasuklah maklumat pengangkutan, bil yang perlu dibayar dan apa yang terkandung di dalam kalendar agar tidak lagi terlepas sebarang temu janji.
Dengan menekan lama butang berkenaan, penguna akan mengaktifkan mod walkie-talkie, membolehkan Google Assistant mendengar suara sehingga anda melepaskannya untuk ayat pertanyaan panjang.
Kebanyakan ciri-ciri utama model ini dikuasakan oleh kepintaran buatan (AI), termasuk ciri pengecaman wajah biometrik yang membolehkan anda membuka telefon pintar dengan pantas. tanpa menggunakan tangan atau membuka Google Assistant.
Nokia 4.2 juga membolehkan anda mengakses Google Assistant tanpa membuka telefon selepas anda membenarkan ia berbuat demikian dalam tetapan (setting) .
Ia juga boleh dimanfaatkan untuk melakukan tugas-tugas biasa seperti menetapkan pemasa, membuat jadual peringatan, memainkan muzik atau bertanyakan soalan.











