Nikmat tidak terkata - Utusan Malaysia

Nikmat tidak terkata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Tular dalam media sosial apabila seorang rakyat Malaysia di Malta mendedahkan bahawa kurma yang dicalitkan dengan mentega adalah lebih sedap untuk di makan.

MOHD. NURRUL FAIZ MOHD. TAIB
MOHD. NURRUL FAIZ MOHD. TAIB berkongsi pengalamannya menikmati kurma yang dicalit dengan mentega. – UTUSAN ONLINE

Mohd. Nurrul Faiz Mohd. Taib, 34, yang kini sedang melanjutkan pengajian di sebuah universiti di negara itu memberitahu, dia mula mencuba untuk menikmati kurma dengan mentega selepas mengetahui ia diamalkan oleh rakan sekelasnya dari Tunisia dan Mauritania.


“Tak pasti ada atau tak rakyat Malaysia amalkan, aku ni punyalah noob (tak arif), kat sini baru tahu yang kurma calit mentega memang sedap. Pekena satu biji kurma masa berbuka boleh merebak jadi 10 biji,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya iaitu @jembalanque baru-baru ini.


Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas Mohd. Nurrul Faiz lagi, lebih berair kurma yang digunakan, lebih enak untuk dimakan bersama mentega.


“Lagi ‘juicy’ kurma tu, lagi sedap dicalit. Jangan beli kurma yang terlampau kering. Saya telah mencubanya dengan marjerin dan mentega, kedua-duanya mengagumkan! tetapi rasanya lebih enak dengan mentega,” katanya lagi.


TANGKAP LAYAR ciapan Mohd. Nurrul Faiz Mohd. Taib dalam akaun Twitter miliknya yang berkongsikan pen
TANGKAP LAYAR ciapan Mohd. Nurrul Faiz Mohd. Taib dalam akaun Twitter miliknya yang berkongsikan pengalamannya menikmati kurma yang dicalit dengan mentega. – UTUSAN ONLINE

Sehingga hari ini, ciapan Mohd. Nurrul Faiz itu telah mendapat lebih 5,000 tanda suka oleh pengguna Twitter serta dikongsi semula sebanyak 7,341 kali.- UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini