Nahas 6 maut: Mangsa teruja sambut Ramadan - Utusan Malaysia

Nahas 6 maut: Mangsa teruja sambut Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Sebuah keluarga yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Simpang Sungai Ruan, Raub di sini pagi tadi dikatakan teruja pulang bagi menyambut Ramadan di kampung.

Jiran mangsa, Zahida Zainal Abidin, 30, berkata, dia dan suaminya sempat menegur Mohd. Syaril Sulaiman, 44, kira-kira pukul 10 malam semalam sewaktu ingin menuju ke rumah ibunya di kawasan berhampiran di Taman Meru Jaya di sini. 

Katanya, Mohd. Syaril lebih mesra dipanggil Awe ketika itu sedang meletakkan kelengkapan barangan di dalam kenderaan jenis Perodua Myvi. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Awe memaklumkan mereka sekeluarga akan pulang ke Kelantan bagi menyambut Ramadan sebelum kami berpesan berhati-hati dan selamat tiba di kampung halaman. 

“Saya tidak menyangka peristiwa malang menimpa mereka dan hanya diketahui daripada kamu (wartawan) yang hadir ke sini,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Meru Jaya 3 di sini. 

Terdahulu dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu dua ahli keluarga Mohd. Syaril maut iaitu isterinya, Hasliza Arini Muhamad@Hamid, 34, dan anak lelakinya, Muhammad Khalish Kautsar, 2 tahun. 

Sementara itu, Mohd. Syaril yang merupakan pemandu lori itu bersama Khaliesah Khairina, 7, dan Dhia Afriena, 5, parah sedang dirawat di Hospital Raub, Pahang. 

Turut terbunuh dalam kemalangan itu  adalah pemandu Perodua Kancil adalah Nasrul Fakhri Mansor, 38, bersama dua lagi penumpangnya yang belum dikenalpasti. 

Mengulas lanjut, Zahida menjelaskan keluarga Mohd. Syaril disifatkan sebagai peramah dengan dua orang anaknya sering berkunjung bermain di rumah saya. 

“Tiada perubahan ketara pada keluarga Mohd. Syaril sebelum ini melainkan dua anaknya itu seronok akan pulang ke kampung,” katanya. – K! ONLINE

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sedih. Ahli keluarga tidak dapat menahan sedih semasa menunggu jenazah ahli keluarga mereka di bilik Perubatan Forensik Hospital Raub, hari ini. Dalam kejadian itu, enam orang maut selepas dua kenderaan tersebut bertembung di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Simpang Sungai Ruan di Raub, Pahang awal pagi tadi. Perodua Kancil: 1. Nasrul Fakhri Mansor, 38, (maut) 2. Hartini Moktar, 37, (maut) 3. Nur Faqihah, 4, (maut) 4. Nur Fateen Sufi (maut) 5. Muhammad Haziq, 10, (cedera parah) 6. Nur Fathiyah, 8, (cedera parah) Perodua Myvi: 1. Hasliza Arini Muhamad@Hamid, 34, (maut) 2. Muhammad Khalish Kautsar Mohd Syaril, 2, (maut) 3. Mohd Syaril Sulaiman, 44, (cedera parah) 4. Khaliesa Khairina, 7, (cedera parah) 3. Dhia Afriena, 5, (cedera parah) #kosmo #takziah #alfatihah Foto oleh Bernama

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online) on

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini