PUTRAJAYA 10 Mei – Pelaksanaan skim pelindungan kesihatan nasional mySalam adalah inisiatif kerajaan dalam menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada setiap individu dalam kumpulan berpendapatan rendah atau B40. mysalam grafik Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan, Datuk Mohd. Shafiq Abdullah berkata, skim berkenaan juga memberikan pendedahan kepada rakyat Malaysia untuk memahami konsep takaful ke arah membina rangkaian pelindungan sosial yang lebih baik. Beliau berkata, rata-rata rakyat Malaysia, khususnya daripada kumpulan B40, tidak berkemampuan dan kurang mempunyai kesedaran untuk mengambil skim pelindungan takaful, khususnya dalam pengurusan kewangan. “Sehubungan itu, mySalam merupakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya