KUALA LUMPUR 7 Mei – Pengendali rangkaian peruncitan produk halal tempatan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) dan Zurich Takaful Malaysia Berhad (Zurich Takaful) memeterai perjanjian 10 tahun bagi menawarkan pelan takaful yang mudah dan tanpa kerumitan di cawangan MYDIN terpilih seluruh negara. Kerjasama ini membolehkan pelanggan MYDIN mendapatkan maklumat serta pelan perlindungan yang sesuai melalui kaunter Zurich Takaful yang mula beroperasi di MYDIN Mall, Subang Jaya, Selangor semalam dan di…