Mugenthirran selamatkan PKNP daripada tewas - Utusan Malaysia

Mugenthirran selamatkan PKNP daripada tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mei – Hasrat Selangor untuk pulang dengan tiga mata berharga tidak kesampaian apabila jaringan pemain PKNP FC, G. Mugenthirran mengikat kedudukan 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, sebentar tadi.

Skuad Red Giants terdahulu berada di depan menerusi Ifedayo Olusegun, yang mudah menampan masuk hantaran lintang Sandro Da Silva pada minit ke-29.

Bagaimanapun dua minit selepas waktu rehat, Mugenthirran menyamakan kedudukan untuk tuan rumah selepas membuat rembatan kencang kaki kiri, sekali gus menewaskan penjaga gol Farizal Harun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan bimbingan B. Sathianathan kini menghuni tangga keempat dengan 22 mata, manakala PKNP di tempat ke-10 (12 mata).- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini