Muaz ungguli Terbuka Malaysia - Utusan Malaysia

Muaz ungguli Terbuka Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 4 Mei – Bukan Rafiq Ismail bukan juga Alex Liew tetapi Ahmad Muaz Mohd. Fishol yang berjaya menjuarai Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Malaysia yang berakhir sebentar tadi.

Tidak begitu menonjol di pusingan pertama, Muaz, 25, bangkit di pusingan kedua dan peringkat Stepladder untuk menepati ramalan sebagai pilihan utama kejohanan.

Pada aksi final Stepladder yang terpaksa ditentukan menerusi sudden death, Muaz menewaskan pemain Australia, Sam Cooley dengan keputusan 219-193 jatuhan pin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu kategori wanita juga dimenangi pemain pilihan utama dari Singapura, Charlene Lim yang menewaskan pemain Korea, Sung Gyong Eun dengan 191-166 jatuhan pin. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini