Muatan lebih, batang konkrit terjatuh atas jalan raya  - Utusan Malaysia

Muatan lebih, batang konkrit terjatuh atas jalan raya 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH – Pengguna Jalan Alor Gajah lama berhampiran Kampung Panchor, Durian Tunggal di sini berdepan detik cemas apabila lima batang konkrit yang dibawa sebuah treler terjatuh dari muatan kenderaan berat itu semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, difahamkan treler tersebut yang dalam perjalanan ke Alor Gajah membawa lebih muatan dan mengaburi kesalahan itu dengan menutup batang konkrit dibawa menggunakan kain kanvas.

Seorang penduduk di kawasan itu, Abu Bakar Yusof, 61, berkata, dia terkejut dan bergegas ke lokasi selepas terdengar bunyi dentuman kuat kerana menyangka berlaku kemalangan jalan raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila sampai di lokasi, saya nampak ada beberapa batang konkrit di atas jalan raya yang terjatuh dari sebuah treler.

“Mujur batang konkrit yang panjang dan berat itu tidak menghempap pemandu atau penunggang motosikal lain. Saya harap pihak terlibat akan dikenakan tindakan sewajarnya kerana insiden ini boleh meragut nyawa pengguna jalan raya lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A. Asmadi Abd. Aziz ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak polis akan mengambil tindakan terhadap pemandu tersebut atas kesalahan kecuaian mengendalikan barang yang dibawa,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini