Mourinho tidak kisah jumlah piala Guardiola - Utusan Malaysia

Mourinho tidak kisah jumlah piala Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 16 Mei – Bekas pengendali Manchester United, Jose Moutinho menegaskan bahawa dia sama sekali tidak kisah denagn jumlah piala selepas Pep Guardiola mengatasi pencapaiannya dengan meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris bersama Manchester City.

City merangkul kejuaraan kedua berturut-turut di bawah kendalian Guardiola selepas menundukkan Brighton 4-1 dan menamatkan saingan dengan mengumpul 98 mata, satu mata mengatasi Liverpool di kedudukan kedua.

Keputusan itu menyaksikan Guardiola memiliki 26 piala mengatasi Mourinho dengan 25 piala.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jumlah itu akan menjadi 27 sekiranya City berjaya menjulang kejuaraan Piala FA mengatasi Watford di Stadium Wembley, hujung bulan ini.

Mourinho sebelum ini pernah menjulang pelbagai trofi di Sepanyol, Portugal, Itali dan England.

“Kejayaan Guardiola mengingatkan bahawa saya ada 25 piala setakat ini.

“Semasa saya menang Liga Juara-Juara bersama Porto dan Inter, sekiranya saya kekal musim berikutnya, saya mungkin akan beraksi di Piala Super, Piala Dunia Kelab, Piala Super Kebangsaan dan saya akan meraih 31 piala.

“Mungkin saya tidak pernah peduli dengan jumlah piala yang saya menang,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini