MMC PTP, Niosh meterai perjanjian program latihan keselamatan - Utusan Malaysia

MMC PTP, Niosh meterai perjanjian program latihan keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei – Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. (PTP), sebuah unit 70 peratus dimiliki MMC Corporation Bhd., memeterai perjanjian dengan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) untuk membangunkan program latihan keselamatan komprehensif untuk pekerja pelabuhan.

Dalam kenyataan hari ini, MMC berkata, objektif program itu adalah untuk memupuk budaya mengutamakan keselamatan dan menyediakan latihan asas pekerjaan keselamatan dan kesihatan (OSH) bagi pekerja mengenai bahaya dan risiko yang ada dalam industri pelabuhan sebelum mereka memasukinya.

“Program itu juga akan menyediakan pekerja dengan pengetahuan dan maklumat mengenai keperluan undang-undang OSH dan juga keperluan serta jangkaan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar di PTP,” katanya. – BERNAMA

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini