Mesyuarat Khas Kabinet bincang peluang pekerjaan - Utusan Malaysia

Mesyuarat Khas Kabinet bincang peluang pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 1 Mei – Satu mesyuarat khas Kabinet hari ini telah diadakan di Bangunan Perdana Putra bagi membincangkan tentang peluang pekerjaan rakyat negara ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu boleh dianggap luar biasa kerana berlangsung pada cuti umum Hari Pekerja.

Pada amalan kebiasaannya mesyuarat Kabinet diadakan pada setiap Rabu atau hari Jumaat (jika berlangsung persidangan Dewan Rakyat).

Memuatkan artikel berkaitan…

Fokus utama mesyuarat khas itu adalah bagi membincangkan soal mewujudkan peluang pekerjaan demi manfaat rakyat khususnya golongan belia.

Mesyuarat tersebut diselaraskan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi di bawah tanggungjawab Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mesyuarat itu dikatakan bermula kita-kira pukul 2.45 petang dan dijangka berakhir pada 5 petang.

Menurut Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, setiap kementerian diminta untuk membentangkan insiatif dan pendekatan masing-masing berhubung perkara itu dalam mesyuarat itu.

“Jadi kita akan bincang bagaimana untuk ruang-ruang sektor untuk tambah peluang pekerjaan dan juga bagaimana kita hendak selaraskan.

“Daripada segi Kementerian Pendidikan, kita yang bekal tenaga kerja lepasan bidang latihan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) iaitu kolej komuniti dan politeknik dan bagaimana hendak seleraskan dengan industri,” katanya letika ditemui pemberita. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini