Mesej tular ancaman keganasan di Sibu, Bintulu tidak benar - Utusan Malaysia

Mesej tular ancaman keganasan di Sibu, Bintulu tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Mesej bergambar yang tular dalam media sosial mengenai rancangan tiga individu untuk menyerang dan mengebom gereja di Sibu dan Bintulu, Sarawak adalah tidak benar.

Memetik laporan Utusan Borneo, mesej itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat Kristian tentang keselamatan mereka ketika menghadiri upacara sembahyang di gereja masing-masing dengan mengambil iktibar kejadian serangan bom ke atas gereja di Sri Lanka ketika sambutan Easter bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit ketika menyangkal perkara itu berkata, penyebaran mesej tersebut oleh pihak tidak bertanggungjawab dan telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketiga-tiga individu tersebut telah ditangkap dan kenyataan bahawa mereka berada di Sarawak dan merancang untuk mengebom gereja di Sibu dan Bintulu adalah tidak benar dan palsu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak menyebarkan gambar atau berita palsu yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini