KUALA LUMPUR 10 Mei – Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program Pelancaran Jejak Ramadan dan Gotong-Royong Edaran Bubur Lambuk di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini pada hari ini dan esok.
Program turut menampilkan beberapa aktivis dan sukarelawan daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO). – UTUSAN ONLINE
Program yang bermula dari pukul 5 petang ini hingga 3 petang esok akan diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya Quran hour, iftar, solat tarawih berjemaah, qiamulail serta penyediaan dan agihan bubur lambuk.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sempenan program itu, penganjur turut melepaskan skuad Jejak Ramadan Palu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 6.30 pagi esok.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berhubung program itu boleh berbuat demikian dengan menghubungi Maryam di talian 018-3710 334. – UTUSAN ONLINE











