IPOH 2 Mei – Kementerian Sumber Manusia akan membawa ke Kabinet cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) agar kakitangan awam yang berhadapan dengan kes di mahkamah dirujuk terus ke Mahkamah Perusahaan. Menterinya, M. Kula Segaran berkata, cadangan itu dapat meringankan beban pekerja berikutan kos guaman untuk kes dibawa ke Mahkamah Perusahaan lebih rendah berbanding di Mahkamah Tinggi. Malah katanya, penyelesaian kes di Mahkamah Perusahaan juga dapat diselesaikan dalam…










