Mendapan di KM272 PLUS dibaiki, semua lorong dibuka seperti biasa - Utusan Malaysia

Mendapan di KM272 PLUS dibaiki, semua lorong dibuka seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kerja-kerja pembaikan jalan akibat lubang benam di KM272.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Gunung Lang di sini selesai sepenuhnya semalam. 

Menurut PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) semua laluan di lebuh raya itu dibuka sepenuhnya kira-kira pukul 5 petang semalam.

“PLUS mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang memberikan kerjasama baik ketika kerja-kerja membaik pulih tersebut dilaksanakan dalam tempoh kurang 24 jam,” demikian menurut kenyataan PLUS di laman sesawangnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mendapan tersebut menyebabkan satu lubang berukuran 2.1 meter (m) lebar dengan kedalaman 2.1m dikesan kira-kira pukul 3.30 petang pada Isnin. 

Insiden tersebut tular di media sosial, lebih-lebih lagi ketika orang ramai mula bergerak pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri. 

Tambah PLUS, untuk mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya PLUS, orang ramai boleh mengikuti Twitter PLUSTrafik atau aplikasi PLUS Mobil atau menghubungi talian PLUSLine 1800 88 0000. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini