KUALA LUMPUR 8 Mei – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM3,000 dalam Pertandingan Landskap MPAJ 2019.
MPAJ dalam satu kenyataan memaklumkan, penyertaan pertandingan dibuka kepada sekolah, flat, pangsapuri, pejabat kerajaan, masjid, surau dan premis perniagaan.
“Pertandingan ini bertujuan menerapkan budaya menghias persekitaran dengan landskap sekali gus menjadikan sesuatu kawasan bersih dan indah.
“Bagi yang berminat, sila buat pendaftaran segera kerana penyertaan dibuka sehingga 31 Julai ini,” katanya.
Setiap penyertaan akan menerima sijil penyertaan dan trofi mengikut kategori yang dipertandingkan.
Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Bahagian Landskap MPAJ di talian 03-4285 7011 atau 03-4285 7012. – UTUSAN ONLINE











