Menang treble lagi sukar berbanding Liga Juara-Juara - Utusan Malaysia

Menang treble lagi sukar berbanding Liga Juara-Juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 20 Mei – Pep Guardiola mengakui Manchester United akan terus menjadi mangsa kecaman sama ada mereka memenangi Liga Juara-Juara ataupun tidak, biarpun telah merangkul kejuaraan domestik secara treble.

Pengendali dari Sepanyol itu berkata, kejayaan memenangi tiga trofi domestik adalah lebih sukar berbanding memenangi Liga Juara-Juara kerana memerlukan konsistensi yang tinggi dalam satu-satu musim.

“Saya kata sebelum ini bahawa saya tahu kami pasti akan dihakimi pada akhirnya sama ada memenangi Liga Juara-Juara ataupun tidak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau kami menang Liga Juara-Juara, saya tahu ia masih tidak akan cukup.

“Saya tahu tentang itu. Saya datang dari Barcelona, kami bertuah sebab menang dua kali dalam tempoh empat tahun dan mereka jangkakan saya ada keistimewaan, di mana saya boleh memberikan kemenangan Liga Juara-Juara dan ia benar,” ujarnya.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini