SYUKUR, Tumpang dan rakan-rakan di Utusan dapat menyempurnakan ibadah puasa bulan Ramadan yang sudah masuk hari kesembilan. Syarikat akhbar Tumpang seperti mana saban tahun, kali ini masih lagi meneruskan tradisi menyediakan juadah berbuka percuma kepada kakitangannya. Alhamdulillah. Malam tadi selepas tarawih, membuka mesej dalam aplikasi WhatsApp, Tumpang tersentak seketika. Senarai tetamu yang mengesahkan kehadiran ke majlis berbuka puasa dan tarawih di Wisma Majlis Perundingan Melayu (MPM), Jalan Ledang, Kuala Lumpur esok (Rabu) antaranya terpapar nama-nama Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Hanif Omar, Tan Sri Zaman Khan dan banyak lagi tokoh Melayu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya