MCMC keluar dokumen penggabungan, pengambilalihan - Utusan Malaysia

MCMC keluar dokumen penggabungan, pengambilalihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA 21 Mei – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan dua dokumen, Garis Panduan Penggabungan dan Pengambilalihan dan Garis Panduan mengenai Kebenaran Pengendalian.

Pengerusi MCMC, Al-Ishsal Ishak berkata, dokumen itu bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dan memberikan kejelasan kepada industri mengenai pendekatan MCMC ketika menilai penggabungan dan pengambilalihan syarikat-syarikat telekomunikasi serta kebenaran pengendalian yang akan mengurangkan persaingan di pasaran komunikasi.

“Industri komunikasi dan multimedia merupakan komponen penting dan penyumbang utama kepada ekonomi negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dasar yang memastikan industri berdaya saing dan berpandangan jauh dapat memberi kesan ketara kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Al-Ishsal berkata, walaupun penggabungan dan pengambilalihan membolehkan syarikat mencapai kecekapan melalui skala dan skop yang lebih besar serta mendapat akses kepada teknologi dan pasaran baharu, ia juga boleh mengurangkan persaingan dan mengakibatkan penguasaan pasaran.

“Sebagai pengawal selia sektor komunikasi dan multimedia adalah penting bagi kita menyeimbangkan antara membolehkan syarikat meneruskan strategi korporat dan mengutamakan pulangan pemegang saham sambil mengekalkan dinamik persaingan dalam pasaran untuk melindungi produk dan perkhidmatan yang tersedia untuk pengguna dan perniagaan,”katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini