Mbappe bakal tinggalkan PSG - Utusan Malaysia

Mbappe bakal tinggalkan PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 20 Mei – Bintang muda Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe, memberi bayangan bakal meninggalkan kelab gergasi Perancis itu, selepas dinobatkan Pemain Terbaik Ligue 1 dan Pemain Muda Terbaik,semalam.

Mbappe dikaitkan bakal menyertai gergasi La Liga, Real Madrid, walaupun pemain berusia 20 tahun itu memberi jaminan kepada penyokong bahawa dia akan kekal di Paris.

“Ini merupakan satu-satunya gelaran yang belum saya raih di Perancis. Saya sangat gembira dan mahu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya mencapai ke tahap ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat beberapa kekecewaan tetapi ia adalah sebahagian daripada bola sepak. Ini merupakan saat yang penting bagi saya.

“Saya sudah tiba ke tahap kedua dalam karier dan telah meraih banyak kejuaraan di sini. Sudah tiba masa untuk saya meneroka cabaran baru,” katanya.

Mbappe telah menjuarai Ligue 1 dua tahun berturut-turut sejak tiba dari Monaco, dengan pemenang Piala Dunia itu meledak dua gol ketika membantu PSG mengatasi Dijon 4-0 untuk menjadi pemain Perancis pertama meledak 32 gol dalam saingan Ligue 1 sejak Philippe Gondet pada 1965-66 ketika bersama Nantes.

Mbappe telah meledakkan 38 gol dalam kesemua kejohanan buat PSG yang disingkirkan Manchester United dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini