TAPAH – Satu mayat lelaki reput yang dibalut dengan karpet ditemui di lereng bukit di kawasan hutan berhampiran kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Lah, Chenderiang di sini semalam. Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu dijumpai orang awam selepas dia terhidu bau busuk di kawasan berkenaan pada pukul 5 petang. Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pemeriksaan mendapati keadaan mayat yang masih berpakaian itu hampir reput…










