Maut sebelum sempat solat tarawih - Utusan Malaysia

Maut sebelum sempat solat tarawih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN 7 Mei – Seorang warga emas yang dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat tarawih maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah motosikal lain di Kilometer 20, Jalan Tehel-Bemban di sini malam tadi.

Mangsa, Abd. Rahman Tambi Chik, 70, seorang pesara polis meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dalam kejadian pukul 8.40 malam itu.

Maut sebelum sempat solat tarawih

Menurut Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Arshad Abu, mangsa ketika kejadian menunggang motosikal jenis Honda EX-5 dari rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tehel untuk ke masjid Kampung Tehel.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian katanya, motosikal mangsa telah dilanggar dari belakang oleh sebuah motosikal lain jenis Yamaha 125z ditunggang seorang remaja berusia 20 tahun.

“Berikutan perlanggaran itu, kedua-dua penunggang terjatuh dan warga emas berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala remaja tersebut cedera di kepala dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Arshad, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini