Mat rempit punya pasal, 23 kenderaan diperiksa - Utusan Malaysia

Mat rempit punya pasal, 23 kenderaan diperiksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI 26 Mei – Polis memeriksa 23 buah kenderaan membabitkan 20 motosikal dan tiga kenderaan dalam satu operasi yang dijalankan di Lebuhraya LinKedua berhampiran pusat beli-belah Johor Premium Outlet (JPO) di sini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, operasi itu dijalankan bermula pukul 11.30 malam kelmarin sehingga 5 pagi semalam.

“Polis mengambil tindakan ekoran aduan orang awam terdapat sekumpulan remaja bermotosikal berkumpul dan membuat bising di lokasi terlibat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan dibuat terhadap 23 buah kenderaan dimana 22 daripadanya disita atas pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Beng Yeow turut memberitahu pihaknya menjalankan ujian air kencing dan mendapati kesemua negatif dalam penyalahgunaan dadah.

Beliau memberitahu, operasi sedemikian akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan masalah serupa tidak berulang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini