Maszlee sertai program singgah sahur Kelab Media Johor - Utusan Malaysia

Maszlee sertai program singgah sahur Kelab Media Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 27 Mei – Program Singgah Sahur Kelab Media Johor (KMJ) kali kedua mendapat suntikan semangat daripada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik apabila beliau bersama-sama menyertai program tahunan kelab itu.

Bagi program kali ini, Maszlee menyertai konvoi kereta disertai lebih 20 pengamal media di negeri ini bermula pada 2 pagi ini sebelum singgah ke empat lokasi bagi mengagihkan set makanan Nasi Ambeng dan minuman.

Empat lokasi terbabit adalah Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, Plaza Tol Skudai arah selatan dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain menyerahkan bungkusan makanan dan minuman, Maszlee dan ahli KMJ turut meluangkan masa beramah mesra dengan petugas di lokasi terlibat dan turut memberi kata-kata semangat kepada mereka.

Lebih manis pada program kali ini, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu turut bersahur bersama lebih 100 penuntut UTM daripada beberapa fakulti di Arked Lestari universiti itu.

Yang turut hadir, Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar dan Presiden KMJ, Mohamad Fauzi Ishak.

Sementara itu, Mohamad Fauzi berkata, program itu pada kali ini amat bersejarah kerana penganjuran pertama pada 14 Mei lalu disertai Menteri Besar Datuk Dr. Sahruddin Jamal dan kali ini Maszlee pula bersama dengan program kelab. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini