Masyarakat sukar terima perubahan - Dr Izani - Utusan Malaysia

Masyarakat sukar terima perubahan – Dr Izani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 8 Mei – Sesuatu perubahan yang ingin dilakukan dalam masyarakat biarpun ke arah perkara positif adalah sukar untuk diterima pada peringkat permulaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, kerajaan perlu bersabar dalam menerima pelbagai kecaman dan teguran terutama dalam isu menutup operasi kedai makan dari pukul 8.30 malam hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan supaya rakyat sedar kelebihan beribadah dalam bulan ini.

Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya memberi notis galakan kepada para peniaga supaya menghentikan operasi dalam waktu itu dan ia bukannya berbentuk arahan lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Arahan ini sebenarnya tidak ‘berat’ pun, kita galakkan mereka sebolehnya hentikan operasi seketika, pukul 8.30 malam adalah masa orang mahu solat Isyak, tempoh itu peniaga boleh gunakan untuk persediaan sambut pelanggan, memang sedang elok.

“Pemerhatian kita selama dua hari puasa ini pun kita lihat orang tidak ramai di kedai pada waktu itu, pukul 10 malam baru mula penuh kedai.

PENGERUSI Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin menjawab so
PENGERUSI Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin menjawab soalan pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu hari ini. – UTUSAN ONLINE

“Sebuah kerajaan yang gagah mesti boleh buat sesuatu untuk ubah masyarakat, sama ada masyarakat boleh terima atau tidak, ada pro and kontra, jadi kita urus perkara itu dengan baik arahan itu kalau kita lihat dari kaca mata positif maka akan jadi positif, rezeki kita bukan kita tentukan tetapi Allah,” katanya ketika selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Dr. Izani baru pertama kali bersuara tentang isu ini selepas surat arahan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kepada PBT yang tular sejak kelmarin menimbulkan kegemparan seluruh negara terutama kalangan netizen.

Sementara itu, beliau yang beberapa kali menegaskan perkataan ‘menghentikan operasi’ dan bukannya ‘menutup’ berkata, arahan itu bukannya sesuatu yang baharu sebaliknya sama dengan arahan supaya operasi premis perniagaan dihentikan sewaktu solat Maghrib yang telah lama dilaksanakan.

“Surat yang beredar itu adalah kepada PBT tetapi malangnya surat itu sampai kepada warganet yang mula membuat pelbagai komen sedangkan surat itu adalah untuk saya, untuk PBT, sayalah yang kena fikir kaedah pelaksanaannya.

“Ada orang komen Arab Saudi pun tidak buat, sedangkan banyak perkara kita tidak serupa dengan mereka, di sana wanita tidak boleh bawa kereta, pencuri kena potong tangan, penzina direjam, jangan guna perkara yang kita setuju sahaja,” katanya.

Tambahnya, negara Barat seperti Australia mempunyai amalan lebih ketat apabila gedung beli belah ditutup lebih awal iaitu pada pukul 6 petang lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini