MAQIS rampas burung merbah telinga merah bernilai RM1,700 - Utusan Malaysia

MAQIS rampas burung merbah telinga merah bernilai RM1,700

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 17 ekor burung merbah telinga merah dianggarkan berjumlah RM1,700 di kawasan pemeriksaan laluan bas di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 12 Mei lalu.

Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata, burung merbah daripada spesis Pycnonotus jocosus itu diimport dari negara Thailand dan tidak mempunyai dokumen sah seperti permit import (IP).

“Hasil pemeriksaan turut menjumpai sebanyak 50 ekor burung pelbagai spesies termasuk burung murai batu dan tiong mas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kerajaan tidak memberikan kebenaran mengimport unggas hidup seperti burung dari Thailand kerana penilaian risiko perlu dilakukan terlebih dahulu,” katanya di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata, penahanan penyeludupan burung itu adalah hasil hubungan kerjasama strategik antara pihak MAQIS dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Katanya, susulan itu, pihak Perhilitan telah menyerahkan 17 ekor burung merbah telinga merah tersebut kepada MAQIS untuk tindakan undang-undang di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Perbuatan mengimport sebarang unggas hidup termasuk burung tanpa permit import sah daripada MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 11 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah seksyen 11(3), akta sama.

Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini