Malaysia tuan rumah WTC 2020 - Utusan Malaysia

Malaysia tuan rumah WTC 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Malaysia akan menjadi tuan rumah dalam Kongres Terowong Sedunia (WTC) 2020 yang akan berlangsung pada 15 hingga 21 Mei tahun depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Kongres tersebut sempena Perhimpunan Agung Terowong Antarabangsa dan Persatuan Ruang Bawah Tanah (ITA) yang akan menghimpunkan pakar-pakar hebat dalam bidang terowong di peringkat global.

Pengerusi WTC 2020, Ir. Dr. Ooi Teik Aun berkata, kongres itu diilhamkan hasil daripada kemajuan terowong dan kejayaan dicapai oleh Malaysia pada masa lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malaysia mempunyai banyak pengetahuan dan inovasi dalam pembinaan terowong dari segi projek empangan mega, sistem jalan raya, pengangkutan dan lain-lain.

“Kongres itu akan memberi tumpuan kepada pembentangan kertas teknikal, kursus latihan dan pameran daripada organisasi di seluruh dunia yang memaparkan terowong terbaik dan terkini dari negara mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kongres kali ke-46 itu bertemakan Inovasi dan Mampan Perkhidmatan Bawah Tanah Sambungan Global yang akan menyasarkan lebih daripada 2,000 peserta dan 200 reruai pameran. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini