Majlis Perbandaran Alor Gajah tolak sampul raya berimej babi - Utusan Malaysia

Majlis Perbandaran Alor Gajah tolak sampul raya berimej babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mei – Sampul duit hari raya Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang mempunyai seolah-oleh imej babi yang tular di media sosial merupakan satu kesilapan cetakan.

MPAG dalam  satu kenyataan di Facebook berkata, pihak majlis telah menolak cetakan tersebut.

Menurutnya, pihak tidak bertanggungjawa telah menularkan cetakan yang silap tersebut di media sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Merujuk kepada isu sampul dan kad raya yang telah diviralkan baru-baru ini dimaklumkan terdapat kesilapan dalam cetakkan dan pihak Majlis telah menolak dan reject cetakkan tersebut.

“Namun ia telah diviralkan oleh pihak yang tidak bertanggungjwab. Pihak majlis memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku,” kata kenyataan itu.

Sampul duit hari raya MPAG yang tular di media sosial.-UTUSAN ONLINE
Sampul duit hari raya MPAG yang tular di media sosial.-UTUSAN ONLINE 

Sampul duit hari raya MPAG  yang mempunyai cetakan seolah-oleh imej babi menjadi tular di media sosial dan menjadi buah mulut netizen yang berpendapat ia tidak seharusnya berlaku.

“Jagalah sensitiviti semua kaum di Malaysia. Kenapa Majlis Perbandaran Alor Gajah nak keluarkan sampul duit hari raya dengan muka babi?

“Siapa yang design (reka) dan adakah semakan design dibuat sebelum cetak? Jangan sekadar minta maaf hanya kerana isu ini menjadi viral. Investigate (siasat),” kata seorang pengguna Facebook bernama Sujita Soorian.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini