‘Mainlah dengan rasa bangga buat keluarga, lencana di dada’ - Utusan Malaysia

‘Mainlah dengan rasa bangga buat keluarga, lencana di dada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mei – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menitipkan kata-kata semangat pasukan badminton Malaysia yang akan memulakan cabaran Piala Sudirman menentang gergasi dunia, China di Nanning esok.

Chong Wei yang masih belum kembali ke gelanggang pertandingan sejak Julai lalu, iaitu sejak dikesan menghidap kanser hidung mengingatkan rakan-rakan senegaranya agar berjuang hingga ke mata terakhir.

“Kita menghantar paskan muda dalam Piala Sudirman kali ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita beraksi sebagai underdog (bukan pilihan) tetapi saya percaya, pasukan ini tidak akan mengalah mudah.

“Rakan-rakan semua, percayalah pada diri sendiri, fikirkan tentang permainan terbaik yang pernah anda lalui,

“Main hingga ke titisan peluh terakhir. Ingatlah, anda bermain dengan penuh bermaruah demi rakan-rakan sepasukan, keluarga dan lencana di dana,” tulis Chong Wei dalam Instagram.

Sejak Piala Sudirman, kejohanan berpasukan campuran diperkenalkan pada 1989, Malaysia belum penah muncul juara dan pencapaian terbaik pasukan negara adalah melangkah ke separuh akhir di Guangzhou pada 2009.

Pada ketika peluang untuk mengalahkan juara 10 kali, China dalam aksi pembukaan Kumpulan 1D esok dilihat agak sukar, harapan utama Malaysia adalah menumbangkan juara Sukan Komanwel, India pada aksi kedua, Selasa ini.

Malaysia perlu mengalahkan India jika mahu meneruskan kemaraan ke suku akhir, sekali gus elak daripada pulang lebih awal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini