BACHOK 2 Mei – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM368,600 dalam usaha mengimarahkan masjid sepanjang Ramadan ini. Pegawai Hal Ehwal Masjid MAIK, Roslee Ismail berkata, sebanyak RM600 akan diagihkan kepada 586 buah masjid mukim dan RM1,000 untuk 17 masjid bandar dan jajahan di negeri ini. Menurutnya, keupayaan seluruh masjid di negeri ini adalah lebih berkonsepkan ‘berdikari’ yakni memiliki dana tabungan dan sumbangan…









