Mahrez akan terus kekal bersama City - Utusan Malaysia

Mahrez akan terus kekal bersama City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 14 Mei – Riyad Mahrez tidak pernah meragui kemampuannya bersama Manchester City dan tidak merancang untuk meninggalkan juara Liga Perdana Inggeris itu.

Mahrez tidak berada dalam kesebelasan utama skuad kendalian Pep Guardiola sejak 3 April lalu tetapi disenaraikan semasa aksi terakhir menentang Brighton yang menyaksikan mereka merangkul kejuaraan liga selepas menang 4-1.

Bekas bintang Leicester yang membantu pasukan itu merangkul kejuaraan pada 2015, membalas kepercayaan Guardiola dengan membantu Aymeric Laporte menjaringkan gol kedua selepas Sergio Aguero menayamakan kedudukan selepas ketinggalan menerusi jaringan Glenn Murray sebelum dia meledak jaringan ketiga City.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walaupun bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama, Mahrez menegaskan yang dia percaya dengan kualiti permainannya.

“Bukan mudah untuk masuk ke dalam pasukan yang lengkap dan memiliki pemain yang hebat.

“Pasukan itu melakukan segalanya musim lalu. Saya tahu, tahun pertama bukan mudah untuk saya tetapi saya yakin dengan diri saya dan kualiti yang dimiliki.

“Saya tahu yang saya masih berpeluang untuk beraksi dan saya ambil peluang itu dengan menjaringkan gol ketika menentang Brighton bagi membantu pasukan,” katanya.

Mahrez juga menafikan dakwaan yang dia akan meninggalkan City pada hujung musim ini.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini