Mahathir, isteri ucap selamat menyambut Hari Wesak - Utusan Malaysia

Mahathir, isteri ucap selamat menyambut Hari Wesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada rakyat Malaysia yang beragama Buddha.

“Sekali lagi rakyat Malaysia yang beragama Buddha dapat menyambut Hari Wesak dengan aman dan tenteram. Ini mengingatkan kita semua sebagai rakyat Malaysia, betapa beruntungnya kita dapat hidup aman damai di dalam kepelbagaian kita.

“Saya dan isteri ucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak,” kata beliau menerusi catatan dalam  laman Twitter rasmi @chedetofficial.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hari Wesak yang akan disambut esok adalah bagi menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Buddha iaitu hari lahir beliau, kesedaran dan kematiannya.

Ia merupakan antara festival paling meriah, dengan perarakan kereta berhias yang diserikan dengan hiasan dan bunga-bungaan berwarna-warni. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini