Mahasiswa UTM bina tukun, lestarikan Pulau Tioman - Utusan Malaysia

Mahasiswa UTM bina tukun, lestarikan Pulau Tioman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mei – Hidupan tukun (coral) yang semakin pupus sehingga mengancam populasi ikan di laut dilihat semakin membimbangkan.

Sehubungan itu, bagi memelihara hidupan berkenaan yang menjadi tempat tinggal untuk ikan, seramai 99 mahasiswa tahun akhir Sekolah Pendidikan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menghasilkan tukun buatan daripada bahan terbuang iaitu botol kaca.

Penghasilan tukun itu merupakan sebahagian daripada program anjuran mahasiswa terlibat yang dinamakan Pelayaran Bijak, Jelajah Bestari: Sayangi Malaysia (SELAM’19) yang berlangsung di Pulau Tioman pada 24 hingga 28 April lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…
PESERTA SELAM'19 bersedia untuk berkayak sejauh kira-kira 70 meter ke tengah laut untuk meletakkan t
PESERTA SELAM’19 bersedia untuk berkayak sejauh kira-kira 70 meter ke tengah laut untuk meletakkan tukun buatan mereka. – UTUSAN ONLINE

Setiausaha SELAM’19, Syaza Sahira Abdul Jalil berkata, aktiviti itu memberi impak yang sangat besar kepada peserta dalam memupuk kesedaran menjaga kebersihan pulau di negara ini sekali gus membina insaniah para peserta yang bakal bergelar guru.

“Pembinaan tukun ini bukan sahaja memupuk kecintaan terhadap laut kita, malah membina kreativiti mahasiswa mengitar semula bahan-bahan terbuang. Dalam pada itu, sepanjang SELAM’19 berlangsung, aktiviti bersama-sama komuniti setempat turut diadakan.

JURUSELAM dari RCM mengajar peserta cara memproses botol kaca untuk dijadikan pasir bagi menghasilka
JURUSELAM dari RCM mengajar peserta cara memproses botol kaca untuk dijadikan pasir bagi menghasilkan tukun buatan. – UTUSAN ONLINE

“Antara aktiviti yang dijalankan adalah bersukan bersama-sama penduduk, melestarikan masjid serta mengadakan program motivasi bersama-sama pelajar sekolah di tempat berkenaan. Walaupun SELAM’19 ini merupakan salah satu projek tahun akhir kami, namun faedah yang diperoleh adalah lebih penting,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

SALAH seorang peserta SELAM'19 mengendalikan program motivasi bersama-sama pelajar sekolah. - UTUSAN
SALAH seorang peserta SELAM’19 mengendalikan program motivasi bersama-sama pelajar sekolah. – UTUSAN ONLINE

SELAM’19 turut mendapat sokongan dan dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Yahaya, selaku perasmi program.

Program itu dijalankan dengan kerjasama Pusat Taman Laut Tioman, Tioman Development Authority (TDA), Reef Check Malaysia (RCM), Rumah Hijau Tioman, Penghulu Mukim Tioman, Ketua Kampung Tekek, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor dan Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini