MADRID 30 Mei – Madrid akan mengerahkan anggota polis dan kakitangan keselamatan yang lebih ramai pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara yang membabitkan pertembungan dua kelab England, Sabtu ini (awal pagi Ahad waktu Malaysia), dan akan menggunakan drone buat kali pertama bagi mengawal aktiviti penyokong. Dengan amaran keganasan Sepanyol yang berada pada tahap kedua tertinggi, pihak berkuasa Sepanyol juga mengharamkan trak seberat lebih 3.5 tan daripada memandu berhampiran Stadium Wanda Metropolitano…










